banners

Saturday, January 14, 2012

cinta terakhirku-cerpen

   Kali pertama aku terlihat akan dirinya di sekolahku telah menggetarkan jiwa aku. Saat itu aku rasakan dunia ini hanya milik aku seorang. Aku tak tahu mengapa hati ini begitu tertarik kepadanya. Sedangkan sebelum ini, aku begitu payah untuk merasakan cinta hadir dalam hidupku.
   Tidak ku sangka selepas perhimpunan pagi, ternyata si dia juga telah ditempatkan sekelas denganku. Betapa hatiku berbunga riang bagaikan diri ini beterbangan di awang-awangan. Siti Nur Ayuni. Indah sungguh namanya. Ku rasakan sepanjang hari itu aku begitu banyak memfokuskan kepada dirinya.
   "Assalamualaikum,hai saya Muhd Irfan Hadziq". bicara ayat pertamaku kepadanya.
   "Waalaikummussalam w.b.t,saya Siti Nur Ayuni, panggil saya Ayuni". dia membalas sapaan aku.
   Saat itu aku merasakan sungguh bahagia. Terima kasih ya Allah kerana telah mempertemukan aku dengan dia. Hari berganti hari, minggu berganti minggu hubungan aku dengan Ayuni semakin akrab. Sehingga tiba ke hari peperiksaan STPM aku dengan Ayuni tetap tidak pernah berenggang. Kami mengulangkaji dan banyak menghabiskan masa bersama.
   Setelah tamatnya peperiksaan yang kami jalani, Ayuni ingin bertemu denganku. Entah mengapa aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada dirinya di kala itu. Aku pasti tentu ada sesuatu yang sangat penting ingin disampaikan kepadaku.
   "Irfan,saya datang berjumpa dengan awak ni sebab ada sesuatu yang ingin saya sampaikan". beritahu Ayuni.
   "Ayuni, apa yang ingin awak sampaikan kepada saya"? tanyaku.
   "Saya....saya.. Argh,bagaimana harus saya beritahu Irfan". kata Ayuni tersekat-sekat.
   "Tak pe Ayuni, beritahu saja kepada saya. Jangan simpan-simpan". kataku lagi.
   "Erm, saya terpaksa meninggalkan Malaysia untuk mengikut keluarga saya". beritahu Ayuni.
   Aku berasa agak terpempan mendengar akan bicara Ayuni. Aku berasa hidup aku pada hari-hari akan datang pasti terasa kosong. Kosong kerana tiada sinar yang akan menyinari hari-hariku lagi. Ya Allah, dugaan apakah yang Engkau berikan kepadaku. Hatiku merintih kesedihan. Ya, Ayuni akan meninggalkan aku sendirian menempuh liku-liku kehidupan.
   "Tak boleh ke Ayuni tak pergi bersama mereka"? tanyaku kepada Ayuni.
   "Maafkan saya Irfan, saya terpaksa juga pergi ke sana bersama keluarga". kata Ayuni.
   Lantas dengan tidak semena-mena, Ayuni berlari meninggalkan aku termangu-mangu sendirian. Tanpa ku sedari, air mataku mengalir dari tubir mata. Aku berasa teramat sedih akan perkhabaran yang disampaikan oleh Ayuni sebentar tadi.
   Setiap saat yang aku lalui sepanjang ketiadaan Ayuni terasa begitu lambat sekali. Aku sering terbayang-bayang wajah Ayuni yang mulus itu di setiap perjalanan hidupku. Ya Allah, Engkau tabahkanlah diriku ini untuk menjalani kehidupan yang di anugerahkan olehMu ini.
___________________________________________________________________
   7 tahun kemudian.

   Kini aku telah bekerja di sebuah syarikat kepunyaan ahli korporat yang terkemuka di negara ini. Tetapi sepanjang hidup selama 7 tahun ini, aku masih cuba untuk mengisi kekosongan hidup ini. Setiap saat aku tak pernah melupakan Ayuni. Ya, aku sangat merindui Ayuni di kala ini.
   "Assalamualaikum". sapa seorang wanita kepadaku.
   "waalaikummussalam w.b.t, ada yang boleh saya bantu"? tanyaku kepada dia
   "Saya rasa saya macam pernah jumpa awak, tapi tak ingat kat mana". terang wanita itu.
   Dalam fikiranku cuba mengingat kembali. Tetapi aku gagal mengecam wanita tersebut. Hatiku berdesis mungkin wanita ini cuba mencuri perhatianku.
   "Saya rasa saya tak pernah jumpa awak". kataku.
   "Oh, tak mengapalah. By the way nama saya Siti Nur Ayuni". beritahu wanita itu.
   Siti Nur Ayuni?? Bukankah itu nama Ayuni yang telah pergi meninggalkan hidup aku 7 tahun yang lepas?
   "Awak..awak Siti Nur Ayuni  yang pernah sekolah kat SMK Awan Biru masa form 6 ke"? tanyaku.
   "Ye, saya lah itu. Eh, macam mana lak awak boleh kenal saya"? wanita itu bertanya hairan.
   "Ayuni, ni saya Muhd Irfan Hadziq yang awak tinggalkan 7 tahun lepas untuk ikut family awak ke luar negara". terangku kepada Ayuni.
   Kedua-dua kami berasa kekagetan. Tidak menyangka akan bertemu setelah 7 tahun berpisah. Saat itu hatiku terasa disinari mentari yang selama ini telah hilang saat diri Ayuni pergi dariku. Aku mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mempertemukan aku dengan Ayuni. Terima kasih ya Allah.
   Setelah seminggu kami sering berjumpa antara satu sama lain. Lalu aku memutuskan untuk mengikat tali pertunangan dengan Ayuni. Ayuni juga bersetuju dengan cadanganku. Lalu aku telah menghantar kedua ibu bapaku untuk merisik Ayuni. Kedua-dua belah ibu bapa kami telah bersetuju, lalu kami berdua bertunang. Ibu bapa kami mencadangkan agar pertunangan kami hanya diikat selama 3 bulan sahaja.
   Setiap saat yang aku lalui begitu indah sejak bertunang dengan Ayuni, yakni gadis pilihanku. Aku bersyukur kerana kedua-dua ibu bapa kami bersetuju dengan hubungan kami. 3 bulan serasa makin hampir. Kedua-dua pihak telah sibuk membuat persiapan untuk hari pernikahan aku dengan Ayuni.
   Suatu hari ketika makan malam, tiba-tiba aku rasakan ada kelainan pada diri Ayuni.
   "Irfan, kalau suatu saat saya dah takde lagi kat dunia nie, saya izinkan awak kahwin lain". bicara Ayuni.
   Aku berasa amat terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir Ayuni. Aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun aku tidak dapat pastikan apakah perkara itu.
   "Ayuni, nape awak cakap macam tu"? tanyaku kepada Ayuni.
   "Kan jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan". kata Ayuni lagi.
   Aku berasa terpempan mendengar bicara Ayuni itu. Namun aku tabahkan jua hati ini.
   "Ayuni, jangan cakap macam tu sayang. Kita akan hidup bahagia hingga akhir nyawa kita". kataku.
   "Manalah tahu kan Irfan. Ni semua ketentuan Ilahi". bicara Ayuni lagi.
   Setelah selesai makan malam, kami berdua beriringan menuju ke tempat letak kereta. Dengan tidak semena-mena kami terdengar bunyi kereta menuju ke arah kami. Aku berasa terkejut dan tidak mampu untuk menggerakkan kakiku. Ayuni dengan pantas telah menolak tubuhku ke tepi jalan, namun Ayuni telah dilanggar oleh kereta itu. Saat itu aku merasakan duniaku gelap gelita dalam sekelip mata.
   "Ayuniiiiiiiii!!" jeritku.
____________________________________________________________________

   2 tahun kemudian.

   Sejak kemalangan yang menimpa Ayuni, hatiku telah tertutup buat semua wanita. Hatiku hanya mampu diisi oleh seorang wanita yang bernama Siti Nur Ayuni sahaja. Kini Ayuni telah tiada lagi di dunia ini. Dia telah pergi meninggalkan aku selama-lamanya.
   "Sayangku Ayuni, moga rohmu dicucuri rahmat dan engkau tenang di alam sana. Saya akan selalu datang menziarahimu disini dan akan selalu berdoa untukmu, sayangku". bicaraku di pusara Ayuni.
   Lalu aku melangkah pergi meninggalkan pusara Ayuni kerana tidak betah menahan sebak. Akan ku selalu kenangmu dalam doaku.

Wednesday, January 04, 2012

3 hb januari 2012 ~kenangan~

   Assalamualaikum w.b.t....SEMALAM iaitu pd 3hb Januari 2012 adalah hari yg paling bmkna la buat aku..hri pling aku xdpat lupakan n hari pling best la...coz smlm hmpir pkul 1 ptg aku dpt msej dri ckgu Sal...huhuhu...die ajak aku teman pegi tesco...

   Tak sangka die boleh ajak aku..dlm pkul 2 die amik aku kt rumah...pastu ktorg g bank dulu bru p tesco cheng...die nk jmpe kawan kat sna...ktorg dok kat secret recipe...kebetulan air y die oder sme plak dgn air y aku nak..hehehehe....tak lama lpas tu kawan die dtg...aku lak tak biase mkn y plik2..hehehe..bru 1st time la aku try smlm,,tu pon ckgu Sal y plih kan mknan utk aku,,aku xthu nk plih ape...hehee..

   Pastu ktorg pon smua menjamu la slera msing2...pastu ckgu Sal offer aku rse mknan die..makaroni..huhuhu...kami btukar la ppgan..aku mkn mknan die..die mkn mknan aku..mee tomyam,,heheheh...pastu tukar blik pggan...ble mknan aku da hbs just tggal kuah n cendawan je,,die suh aku hbiskan makaroni die n die nk mkanan aku,,aku ckp la isi da hbs tggal kuah n cendawan je..die kata xpe,,die cma nk rse kuah y msam2 tuh...huhuhu..sporting jgk ckgu Sal ble kat luar...

   Lpas mkn ktorg bgerak la blk..tp aku ngn ckg Sal xblk trus...ktorg g lak kat Melaka Mall sbb die nk jmpe kawan die y lain...huhuhu...best aje borak2 ngn die dlm kete...hehehe..pas die jmpe kwn..ktorg sggah jusco lak n smbhyang asar...pastu teman die g beli alat2 tulis utk pmulaan skolah...sesapa yg da knal rapat ngn ckgu Sal msti korg ska dgn die..tp sape y mmg xknal msti anti dgn die kan..bg aku die sorg guru y sporting,kdg2 kalakar,best la..huhuhu...hampir 6 lbih ktorg gerak dri jusco nak blk,,smpi uma aku dlm kul 7..huhuhu..cikgu,,thanks coz sudi ajak sy kuar...sayang cikgu...